Thursday, April 5, 2012

Astaghfirullah...

Manusia sering memangsakan masa, menjadikannya alasan untuk tidak berbuat apa yang sepatutnya dibuat. Tapi, hakikatnya itu semua hanya untuk menjustifikasikan tindakan dan menutupi kelemahan diri sendiri. Maha Benar Allah S.W.T. yang menyifatkan manusia sebagai makhluk yang sentiasa keluh kesah dan tidak bersyukur.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Terlalu banyak perkara kebaikan yang perlu dilaksanakan, sedangkan kita masih membuang masa dengan perkara-perkara yang sesia. Berapa banyak kali kita sudah mengkhatamkan al-Quran? Berapa banyak istighfar dan zikir yang kita ucapkan setiap hari?

Kita sering leka dengan rancangan-rancangan TV yang melalaikan, melodi, malaysian idol, mentor, pilih kasih, raja lawak dsb. Kita ada masa untuk menonton TV berjam-jam, tetapi tidak ada masa untuk 15 minit membaca al-Quran, atau duduk berwirid sejenak selepas solat.

Hendak ke mana kita ini akhirnya? Ya Allah, ampunilah kami...

No comments:

Post a Comment