Sunday, April 25, 2010

Manfaat Habbatus Sauda

Habbatus Sauda membantu memperkuat metabolisma, pencernaan dan menurunkan tingkat kadar gula dalam darah. Tumbuh-tumbuhan ini juga berguna dalam pengubatan diabetes militus. Dalam masalah pencernaan, Habbatus Sauda membantu merangsang cecair hempedu dan menggalakkan sirkulasi (darah), memperbaiki pencernaan dan telah digunakan untuk melawan cacing dan parasit pada saluran usus.

Habbatus Sauda merupakan jamu unggul yang memiliki banyak manfaat terutama untuk pemeliharaan sistem kekebalan yang kuat dan sihat. Habbatus Sauda ini juga sangat berguna untuk mereka yang menderita asma dan gangguan saluran pernapasan, sistem kekebalan yang lemah dan yang terlalu dirangsang, gangguan ginjal atau liver, gangguan pencernaan dan perut, alergi, demam dan jerawat. Habbatus Sauda merupakan bahan yang selamat dan mujarab yang boleh digunakan oleh setiap orang. Bahan ini tidak memiliki efek samping dan memiliki sejarah panjang tentang penggunaannya selama beberapa ratusan tahun.

Di dalam Kitab at-Tibbun Nabawi (Pengubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah), Habbatus Saudah dikenal juga sebagai al-Habbah al-Barakah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda boleh mengubati sekitar 50 jenis penyakit tanpa sebarang kesan sampingan. Subhaanallah.

Satu ulasan ilmu kedokteran menyatakan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain :
1. Antiinflamasi mengubati perih dan radang tenggorokan
2. Anti Artritic mengubati reumatic
3. Analgesic mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain)
4. Aktivitas hormon mengatur haid dan meningkatkan aliran susu
5. Antiseptic mengubati bau mulut
6. Antivirus mengubati demam flu.
7. Dematology mengubati jerawat dan eksim
8. Urinary tract mengubati saluran kencing dan ginjal
9. Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkis penyakit
10. Gastrointestinal tract mengubati mabuk, diarea, kejang, konstipasi
11. Sistem sirkulasi, meningkatkan kerja jantung
12. Nematocidal mengubati cacing pita.
13. Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

WaAllahu a'lam.

No comments:

Post a Comment